Gabungan untuk Pertahanan & Keselamatan
Melindungi apa yang anda hargai. Bersama – sama dengan rakan sejawatan Malaysia, Belanda berusaha untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai cabaran dalam pertahanan dan keselamatan.
Misi ini menaja jamin strategi kedudukan antarabangsa Belanda dan menyokong falsafah utamanya untuk Menyelesaikan cabaran global bersama. Untuk menyertai perbualan, lawati NLplatform.com

Dibawakan kepada anda oleh:
Inisiatif Awam-Swasta dari Belanda
Belanda merupakan sebuah negara yang terkenal dengan sejarah maritim yang kuat dan mendahului negara lain dari aspek pembangunan teknologi inovatif dalam sektor pertahanan dan keselamatan. Menerusi gabungan yang terdiri daripada pihak swasta, badan kerajaan dan institusi pengajian dari Belanda, mereka akan bekerjasama dengan rakan – rakan di Malaysia untuk mewujudkan penyelesaian keselamatan yang bersepadu.
Memandangkan program Rakan Kongsi untuk Perniagaan DCDS (Gabungan Belanda untuk Pertahanan dan Keselamatan) Malaysia telah dimuktamadkan, MDBC akan menyokong aktiviti masa depan hasil daripada program itu di Malaysia.

Penyelesaian Keselamatan Bersepadu
Kluster perkongsian awam – swasta yang terlibat ini melengkapi antara satu sama lain dan menyumbang kepada penambahbaikan sektor pertahanan dan keselamatan dengan cara memberikan perkhidmatan, produk, kepakaran dan latihan pada piawaian tertinggi. Sebuah syarikat yang terlibat boleh memberikan penyelesaian berteknologi tinggi, manakala pihak lain yang terlibat pula boleh memberikan latihan yang diperlukan.
Inovasi Menerusi Kerjasama
Menggunakan pendekatan bersepadu, kluster ini berhasrat untuk mewujudkan kerjasama jangka panjang bersama syarikat – syarikat dan organisasi di Malaysia menerusi peluang perniagaan yang berkesan dan berdaya maju. Gagasan ini akan memberikan latihan dan menyumbang kepakaran bagi memastikan proses perniagaan pada takat optima di samping meningkatkan peluang pekerjaan dalam negara dan ekonomi serantau.

PRODUK & SERVIS
Ketahui tentang produk dan perkhidmatan Gabungan untuk Pertahanan & Keselamatan di Malaysia
MISI PERDAGANGAN
Peluang untuk bertemu dalam kehidupan sebenar. Sepanjang tahun, Gabungan Pertahanan & Keselamatan Malaysia menyertai misi perdagangan dan pelbagai pameran perdagangan.

Pendekatan Pertahanan Negara Belanda
Belanda menggunakan pendekatan polisi keselamatan yang menyeluruh yang lebih dikenali sebagai pendekatan 3D: Development (Pembangunan), Diplomacy (Diplomasi), dan Defense (Pertahanan). Kerangka kerja ini telah menunjukkan keberkesanannya dalam misi antarabangsa dan operasi pertahanan yang disertai negara Belanda.
Development (Pembangunan) merujuk kepada kerjasama badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam membina asas ekonomi, sosial dan politik yang diperlukan bagi mewujudkan komuniti dan masyarakat yang stabil.
Diplomacy (Diplomasi) pula merujuk kepada komunikasi dan perundingan yang berlaku antara satu sama lain bagi menyelesaikan masalah dan membincangkan konflik yang ada menerusi saluran politik dan undang – undang.
